HUBUNGI KAMI UNTUK PERTANYAAN ​
Tel: 0106603226 / 0351038066
Faks: 0356140449
PROFAIL TRAINER

Beliau pemegang ijazah BA (Hons) Bahasa Arab & Kesusasteraan, DiplomaPendidikan UIAM, Sarjana Pengajian Bahasa Moden (MMLS) dan Ph.D Pengajian Bahasa Arab. Sekarang berkhidmat sebagai Pensyarah Akademik (DG52) dan merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah. Sebelum ini, beliau merupakan pensyarah di IPG Kampus Tuanku Bainun (2006 – 2013). Berpengalaman luas dalm bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan Penyelidikan Tindakan. Jurulatih Utama Bahasa Arab (KSSR) peringkat kebangsaan. Beliau juga Penulis Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Dua & Tiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, beliau terlibat secara aktif sebagai perunding dan motivator . Terlibat dalam bidang penulisan akademi dan motivasi. Diantara terbitan beliau Buku
DR. MOHAMAD NAZMI BIN DESA
Pendidikan Islam Tingkatan 2 dan 3 (Dewan Bahasa Pustaka) pada tahun 2003/04, 40 Tips Pendidik Cemerlang, terbitan IPG KTB (edisi dalaman), Julai 2009, Guru Model Pelajar terbitan Edu System Solution, 2010 dan banyak lagi.

TN HJ AHMAD SHAIFUL ALWI BIN MD NOR
Beliau mempunyai latar belakang pendidikan pengurusan perniagaan di peringkat ijazah sarjana MBA (UniSA) dan pemegang ijazah di dalam jurusan Farmasi, BSc(Hons) Pharmacy (UK). Sangat perpengalaman sebagai perunding dalam bidang pengurusan lebih daripada 20 tahun. Merupakan Certified Professional Trainer of Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Certified Trainer oleh Human Resource Development Fund (HRDF), Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia Beliau pernah dilantik sebagai Panel Perunding untuk Kumpulan Fokus Teknikal & Regulatori Peringkat ASEAN di atas kapisiti beliau sebagai pakarindustri. Terlibat aktif dengan persatuan industri di peringkat nasional dan serantau seperti CTFA Malaysia, DSAM Malaysia, AAHSA (ASEAN), BRUHSA(Brunei), HSIAS (Singapura) dan AMCHAM. Terlibat juga dengan pertubuhan-pertubuhan
Kebajikan bukan Kerajaan untuk khidmat masyarakat peringkat Negeri dan Nasional. Beliau terlibat dalam memberikan perkhimatan Latihan & Rundingan kepada kakitangan Kerajaan dan Swasta dalam bidang pengurusan,motivasi, bidang teknikal, pematuhan dan pensijilan Halal dan lain-lain. Beliau juga merupakan Pengarah bagi Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI) serta Ahli Lembaga Pengarah Mandalika Malaysia Chamber of Commerce (MMCC).

TN HJ MOHD YUSOF BIN ABD RAZAK
Merupakan Lulusan Sains Komputer dari UITM Dungun, Terengganu. Pengalaman kerja lebih 5 tahun dengan beberapa syarikat, antaranya DRB-HICOM, IBSUL HOLDINGS SDN BHD, DARUWAN HOLDINGS SDN BHD dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu. Beliau melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang motivasi dan bina insan hampir 10 tahun di seluruh negara. Antara kursus kendalian beliau adalah Meneroka Rahsia Diri, Motivasi Remaja (Kerohanian, Kepimpian dan Jatidiri), Kursus Pembangunan Sumber Manusia (Kerohanian,
Kepimpinan, Team Building & Pengurusan Organisasi), Kursus Pendidik Rabbani (Guru Sekolah), Program Cahaya Iman, Kursus Pembangunan Belia, Mahasiswa dan sebagainya. Beliau turut menerima jemputan berceramah dari pelbagai pihak. Antaranya ialah Institut Tadbiran Negara (INTAN Wilayah Timur), Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Sawit Malaysia(MPOB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Hospital Kemaman, PESAKA TRG(Kumpulan GUTHRIE BHD), pelbagai IPTA/IPTS, puluhan sekolah di seluruhMalaysia. Serta turut mengendalikan kursus yang dihadiri peserta dari Brunei,Singapura dan Indonesia. Beliau Turut aktif dengan aktiviti NGO, antaranyamenjadi Penyelaras Projek Pusat Muallaf Chiang Rai (Thailand), Penyelaras ProjekAl-Quran Pelajar Uzbekistan, Ketua Sekretariat Majlis Himpunan Ulama Nusantara(Aceh).

TN HJ MOHAMAD ZULKIFLI BIN HAMZAH
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Elektrik) Texas A&M University. Beliau berpengalaman selama 29 tahun dalam Add Math, 17 Tahun dalam bidang latihan dan motivasi . Beliau merupakan penceramah jemputan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar untuk peserta-peserta projek PPRTdisamping mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan akademik yang melibatkan hampir 100 buah sekolah di seluruh negara. Antara lain, beliau sebagai
Penyelaras Program Bina Insan Untuk Kanak-Kanak, Remaja, Belia dan Dewasa. Pengendali Kem Waja Diri Remaja KETENGAH (Kerjasama DN’R Consultech), Pengendali Program SmartL! (Bijak Belajar) Pengendali Program Funtastic! (Bijak Matematik), Pengendali Klinik Mingguan Matematik Tambahan, Pengendali Seminar Skor A1 Matematik Tambahan (Add Math Is Easy!) Pengendali Program kecermelangan Bapa/Ibu/Kakitangan/Wanita. Pengendali klinik Mingguan Matematik Tambahan, Program Siswa dan Remaja Harmoni/Cemerlang/Dinamik, Pengendali seminar Adik/Remaja Harmoni ( kerjasama NMS Top Training & Consultancy), Tutor Program Spark!!! (English Is Easy!) .

TN HJ BADRUL HISAM BIN ZAKARIA
Tn Badrul Hisam bin Zakaria mendapat Beliau mendapat pendidikan Pengajian Islam tradisional. Beliau terlibat secara langsung dlm bidang motivasi selama lebih 25 tahun kepada Remaja, Belia, Swasta dan Korporat. Merupakan Penyelaras dan Ketua pengendali sepenuh masa MMD Training & Consultancy. Tutor bagi program SPARK (English is Easy),mengendalikan program motivasi untuk sekolah dan IPT seperti UiTM, POLISAS, Kolej Yayasan Pahang, Kolej Teras Timur, UKM, IKM, program motivasi AADK, Ketengah , kakitangan Kelab Telekom Malaysia, Puncak Niaga, Kursus Induksi MARA, Pelajar UiTM Puncak Alam, Usahawan CWA dan lain-lain.

PN NOOR AZLINA BAHAROM
Ijazah Kewangan dan Ekonomi dari Lehigh University [USA]. Certified Professional Trainer [CPT) dan Islamic Financial Planner (IFP) di bawah anak syarikat Bank Negara (IBFIM). Berpengalaman sebagai konsultan dan mentor dalam bidang keusahawanan khasnya perancangan kewangan syariah selama 14 tahun dibawah satu institusi perbankan terbesar negara. Memegang jawatan sebagai Pengarah urusan AAAAA Wealth Builders, satu syarikatkonsultansi dimana Pn. Noor Azlina melahirkan ratusan usahawan berjaya di dalam
bidang kewangan syariah ini. Beliau juga mentor dan konsultan khusus dalam Kemajuan Diri Individu, Kuasa Pemikiran Positif, Skil Komunikasi Berkesan.Terlibat dengan Personal Mastery, Train the Trainer (Lawrence Walter Seminars-Msia), Millionaires Mind Intensive, Guerrilla Business School- Sgpore ( T Harv Eker,USA) dan Walk on Fire, Wealth Mastery, Date with Destiny- Australia ( Anthony Robbins Seminars, USA).