top of page

PENGARAH URUSAN

DR MOHD ZUHDIN MUHAMMAD

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Saga University, Japan) pada 1997, meneruskan pengajian peringkat Master (MBA) pada 2003 dan Doktor Falsafah (PhD) pada 2015 dalam bidang Kejuruteraan Fotonik dari University of Malaya, Kuala Lumpur. Mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam industri pembuatan, terutamanya dalam bidang teknikal dan pengurusan, termasuk 6 tahun dalam industri elektronik sebagai Jurutera Kanan. Lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan bersama Syarikat Multinasional (MNC) Jepun merangkumi kepimpinan strategik dan korporat, penstrukturan semula syarikat, produk inovasi, penyelidikan pasaran dan jualan. Selain pendedahan industri, beliau juga terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan perundingan, dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan. Kepakaran profesional beliau meliputi kejuruteraan fotonik, inisiatif korporat dalam ergonomik, pengurusan pemasaran industri serta skill komunikasi berasaskan Ho-Ren-Sou .Beliau juga Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Unit Teknoloji Hijau Mandalika Malaysia Chamber of Commerce (MMCC) selain terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan Kebajikan bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Greenbird dan Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) dalam membawa misi kemanusiaan di peringkat dalam dan luar negara.

bottom of page