top of page
PROFIL SYARIKAT

TRIPLE TREE PRINCIPAL TRAINING SDN BHD (TTPT) ialah sebuah syarikat bumiputera yang komited khusus memberikan latihan dan khidmat perundingan dalam usaha membangunkan modal insan secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang merangkumi diri, keluarga, masyarakat dan organisasi. Tenaga penggerak terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, minat kecenderungan dan disiplin ilmu. TTPT telah menjalankan pelbagai program latihan dan kursus motivasi bermula dari tahun 2002 sehingga kini melalui pelbagai syarikat konsultansi seperti Akademi Bimbingan Insan (ABI), Irsyad One Resources, UAIHAB TnC, MKWealth Consultancy, Persatuan Belia Jana Citra (PBJC), Pelangi Cinta Consultancy (PCC), Murobbi Sukses Resourses (MSR), Bayu Educare dan Laskar Cinta.

 

 

VISI

 

Menjadi sebuah syarikat perunding pembangunan modal insan bertaraf dunia untuk membawa masyarakat kepada ketauhidan, kasih-sayang dan kejayaan demi mencapai kebahagiaan yang sebenar.

 

MISI

 

Membangunkan potensi diri dan mempertingkatkan kualiti hidup secara holistik dan seimbang melalui pembinaan modul-modul yang komprehensif yang akan mencetuskan masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang sehingga mampu memberikan kebahagiaan kepada seluruh manusia.

 

 

POLISI

 

Dedikasi, positif dan professional dengan menyediakan ‘Sistem Kualiti-Kompetent’ serta sentiasa komited bagi memastikan tahap kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan ciri yang dikehendaki oleh pelanggan kami.

 

MOTO

 

“KETUHANAN . KASIH SAYANG . KEBIJAKSANAAN”

 

 

NILAI

 

Ketuhanan - Membina sistem kepercayaan yang bertunjangkan prinsip Etika Hidup Bertauhid

 

Kasih-Sayang - Meluaskan energi kasih-sayang kepada makhluk berasaskan prinsip Etika Kemanusiaan

 

Kejayaan - Mengaplikasikan prinsip Etika Professionalisma dalam kerjaya dan kehidupan

 

 

Maklumat Syarikat 

 

Nama Syarikat : Triple Tree Principal Training Sdn Bhd
No Pendaftaran SSM : 1132966

Alamat Berdaftar :

: C-616, Kelana Square SS7/26,
Kelana Jaya 47301,
Petaling Jaya, Selangor
No Tel : 03-51038066
Fax : 03-55140449


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page